e

Monday, February 17, 2014

Biskut Comel Kakak Jenab

Sebelum ni, pernah sekali waktu Zam mengajar murid tahun 1 yang seorang tu, Zam tengok tangannya menyeluk poket beg yang diletakkan di belakang badannya. Cepat-cepat Zam 'tangkap' tangannya, ialah waktu belajar mana boleh makan kan.. "Oo.. makan ye" kata Zam padanya.. Dia tersengih je, sambil Zam keluarkan tengok apa yang dibawanya kali ni. 

Dengan spontan, bila Zam tertengok bekal yang dibawanya, terpacul sesuatu dari mulut Zam~

"BISKUT COMEL!!"


Tergelak dia bila dengar Zam sebut biskut comel tu.. Zam lak yang ter'over' sebab excited tengok biskut tu. Sebelum ni, pernah gak dia bawa biskut binatang (rujuk entri ni) tapi lain bentuknya dengan yang kali ini.

Pukul 10, macam biasa dia ke kantin bawa bekal tu bersama..

Tapi, habis je makan, bila dia masuk ke bilik guru, tetiba dengar ayat ni~ "BISKUT COMEL KAKAK JENABB".. Eh.. Kakak Jenab mana pulak ni? Setahu Zam, 'biskut comel' tu memang dia ajuk dari Zam, yang 'Kakak Jenab' tu pulak dia ajuk cakap saper?

PS: Sampai hari ni, Biskut Comel Kakak Jenab tu jadi ajukan kebanyakan orang kat sekolah Zam..

25 comments:

  1. assalamualaikum zamani...yer la comel betul...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sis.. zam pun tak sempat makan lagi.. mn ada jual biskut ni

      Delete
    2. zam, biskut ni ader inti tau.... selalunya 2 pilihan, coklat atau stoberi. Kalau kt KL pg kt food court jalan duta (yg depan bangunan kerajaan tu) ari jumaat ada banyakkkkk biskut comel yg sedap ni, dan ada jgk biskut2 comel yg lain dan sedap

      Delete
  2. Assalamualaikum zam. ahhaha ntah2 kakak jenabb tu zam tak? hehehe ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumussalam.. haa?? jauh panggang dr apiii

      Delete
  3. comelnya.. nak mkan pun syg.. heee

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ehh tak mungkin.... sb murid zam ni bukan melayu.. hehe

      Delete
  5. misteri nama tu Zam...kena cari sapa kakak Jenab tuh....hihi

    ReplyDelete
  6. kakak jenab kot yang jual biskut comel itu..

    ReplyDelete
  7. jadi trending pulak ye zam...tapi biskut tu memang comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trending di sekolah.. siap parody lagi.. ahaha

      Delete
  8. a ah comel biskut tu ... kalu ngonye2 mesti sambil belek2 kecomelannya .. ^^

    ReplyDelete
  9. kakak jenab mesti fames dikalangan penduduk situ..alah macam Kiah tuuu.., Kiah pekasam tu la...haha

    ReplyDelete
  10. Rasanya dulu-dulu kedai Cina yg dikampung2 pernah ada jual biskut yang begini. Lepas tu lama tak nampak - sejak tak jadi pengemar biskut lagi. Tapi sekarang muncul semula. Memang comel biskut tu. Bukat kudapan dan letak air kopi segelas - tak sedar sepiring biskut comel tu duduk dalam perut.Sadar2 sendawa je hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah cuba lah ni ae? wah menarik.. zam tak jumpa lg kt kedai

      Delete
  11. Assalamualaikum..ayesha singgah sini..biskut ni memang comel..rasa dia pun sedap..hehe..tapi agak mahal lah jugak, kotak kecil tu je dalam hampir rm3 kalau tak silap..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. oh ye ke? zam pn tak jumpalg.. thanks 4 info ya :D

      Delete
  12. Tak kisahlah Kakak Jenab ke, Makcik Senah ke..yang penting, memang comel biskut tu. Hehehehe

    ReplyDelete
  13. ape eh nama biskut ni ? dah sedekad tak makan

    ReplyDelete