e

Sunday, February 2, 2014

Tak Nak Perkara Lama Berulang Kembali

Assalamualaikum & selamat malam pembaca semua. Dalam sehari dua ni, Zam tak sempat nak update entri dengan kerap memandangkan sibuk dengan family. Maklumlah pulang bercuti, jadi macam-macam nak dibuat. Campur dengan kepenatan sejak sampai dari Kuching lewat malam Jumaat lepas, kemudian sambung dengan kesibukan yang teramat di hari Sabtu (klik entri ini). Seriously, tak sempat nak berehat betul-betul lagi.

Tiba-tiba teringat satu peristiwa di bulan Mac tahun lepas.. Keadaan yang hampir sama berlaku bila Zam dalam situasi yang terlampau sibuk dan kepenatan. Mana taknya, sampai ke Serdang dari Kuching di sebelah petang, malamnya Zam sambung ke Kelantan pula. Pagi keesokkannya bila sampai di Kelantan, Zam terus ke dapur menyediakan lauk pauk untuk kenduri pernikahan sepupu. Tengah hari, bila bakal pengantin sampai, Zam terus bertukar jadi photographer pula.. Selesai jadi photographer, petangnya Zam sambung jadi tukang hidang makanan kepada tetamu.. 

Sudahnya, sebelum maghrib, Zam tertidur selepas terbaring kepenatan di ruang tamu rumah.

Apa jadi lepas tu? Mungkin korang boleh bayangkan situasinya dengan gambar ni:


Buat pertama kalinya, Zam bermimpi sesuatu yang menakutkan.. Dan buat pertama kali, Zam meracau dalam tidur sebab mengigau. Pergh seramm sangat.. Mungkin sebab Zam terlalu penat, tambah tambah lagi tertidur di tempat laluan orang ramai sebelum tu... huhu

7 comments: