e

Sunday, March 9, 2014

Gambar Pegawai MITI Sofuan Ibrahim Bersama Ibunya Sebelum Berlepas Ke Beijing

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Antara yang menyentuh perasaan orang ramai yang menantikan berita terkini mengenai pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang sejak semalam (termasuk Zam sendiri) adalah apabila melihat satu gambar yang dimaklumkan sebagai milik Sofuan Ibrahim - Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) bersama ibunya sebelum berlepas ke Beijing:


Di dalam perkembangan yang sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri- Yang Berhormat Dato Seri Mustapa Mohamed mengesahkan berita itu, dan memaklumkan kepada media bahawa Sofuan dihantar ke Beijing untuk bertugas sebagai Setiausaha Kedua Ekonomi MITI di sana. Beliau turut menyatakan rasa sedihnya, dan menganggap Sofuan sebagai seorang pegawai yang cemerlang. (sumber)


Sama-sama kita doakan agar ibu dan ahli keluarga kepada Sofuan Ibrahim diberikan kekuatan dan tabah dalam menempuhi situasi yang sukar ini. Sayu melihat wajahnya sewaktu ke KLIA semula untuk menguruskan keberangkatan waris ke lokasi yang masih belum didedahkan kepada umum oleh pihak MAS.

24 comments:

  1. sama2 kita doakan keberadaan mereka..Allah tahu mereka di mana..jadi mari kita berdoa

    ReplyDelete
  2. Sama2 kita doakan yang terbaik kepada mangsa2 MAS MH370...
    Agar kita tidak membuat spekulasi dan mendengar berita2 yang tidak soheh...
    Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka...

    ReplyDelete
  3. sama2 la berdoa walaupun orang suka buat kesimpulan bukan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani nak ulas selain yg dikeluarkan media

      Delete
  4. Sedih.. :( semoga ada keajaiban..

    ReplyDelete
  5. with one and only son.. sedih..:(

    ReplyDelete
  6. Semoga ada keajaipan nyakan.. amin

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum zamani...sayunya bila tengok keluarga mangsa semua bersedih..:(

    ReplyDelete
  8. Teruskn bdoa ntuk penumpang mh370. . Smoga d temui segera..

    ReplyDelete
  9. semoga keselamatan para penumpang & anak kapal MH370 terpelihara...pray for MH370...

    ReplyDelete
  10. Masih mengharapkan mrk selamat hendaknya....aminnn.

    ReplyDelete