e

Saturday, December 20, 2014

Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Vs Thailand


Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Vs Thailand

Assalamualaikum dan selamat malam.

Pada sesiapa yang menonton perlawanan malam ini, tentu merasa yakin pada mulanya apabila kita mendahuli 2 - 0 pada separuh masa pertama, dan bila babak kedua bermula, kita mengatasi dengan 3 - 0. Namun, 10 minit terakhir yang mencemaskan menjadi mimpi ngeri bila 2 pemain Thailand menjaringkan bola ke gawang gol Malaysia. Salah seorangnya, Charyl Chappois.

Lebih dramatik, gawang gol Malaysia dibolosi beberapa ketika setelah pengulas mengatakan bahawa 10 minit terakhir yang genting.

Walaupun Malaysia mengatasi 3-2 di tempat sendiri, namun dari kiraan agregat, kemenangan berpihak kepada Thailand kerana telah sedia mengutip 2 ata di negara mereka sendiri.

Sedih dan kecewa, namun itulah adat bertanding. Mungkin ada beberapa teknik yang perlu diubah selepas ini dalam pasukan Malaysia.


1 comment: