e

Showing posts with label gambar hujan meteor 2013. Show all posts
Showing posts with label gambar hujan meteor 2013. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Inilah Jadinya Bila Mereka Tak Dapat Melihat Hujan Meteor Isnin Lepas



Pagi Selasa, sehari selepas hujan meteor diberitakan dapat disaksikan dari ruang udara kita, ramai yang memuat naik gambar diatas di Facebook sehingga ia menjadi viral. Nampak gayanya, kebanyakan dari kita tidak dapat dipisahkan dengan mengaitkan sesuatu kejadian yang pelik yang berlaku di dalam negara dengan troll Ultraman. Jerebu, stadium runtuh, pesawat tergelincir, semuanya diedit dan dikaitkan dengan Ultraman. Kes gambar diatas ini, mungkin kerana ramai yang tidak dapat melihat kemunculan hujan meteor biarpun ada yang bersengkang mata menunggu.. Hehe

Tuesday, August 13, 2013

Gambar Hujan Meteor 2013 Di Batu Pahat, Johor



Assalamualaikum & Selamat Pagi. Online saja FB hari ini, ternampak sudah banyak rakan-rakan yang memperkatakan tentangnya- samada ada yang melihatnya atau tidak hujan meteor malam tadi. Namun, apa yang banyak dikongsikan ialah gambar troll dan gurauan. Agaknya mungkin kerana ramai yang menunggu tetapi tiada apa yang dapat dilihat, seperti yang diharapkan. Apapun, Zam terjumpa satu gambar menerusi page ini yang mendakwa gambar itu diambil di Batu Pahat, Johor. Kredit sepenuhnya kepada Adhadi Mohd untuk gambar ini. Berjaya juga menemui pemilik akaun tersebut yang mengambil gambar diatas, yang juga merupakan seorang photographer dan mutual friend kepada rakan-rakan photographer Zam di FB. 

PS: Seperti yang Zam jangkakan semalam, geng-geng photographer tentu ramai yang turun padang malam tadi untuk cuba mengambil gambar hujan meteor. Harap-harap, akan ada lagi selepas ini untuk dikongsikan.