e

Showing posts with label diari ramadhan. Show all posts
Showing posts with label diari ramadhan. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

Berbuka Dengan Rakan Senegeri, Tapi Cuma Aku Yang Celup


Assalamualaikum & selamat malam semua..

Lepas seharian, ini baru masuk entri kedua Zam. Kesibukan sebab kuliah pagi tadi, kemudian sambung ke ICT Fair di City One, Kuching. Selepas tu, terus ke rumah kawan sebab memenuhi undangan berbuka puasa di rumahnya. 

Saturday, July 5, 2014

Saya Tak Nak Beli Air, Cuma Nak Beli Cawan Plastik


Assalamualaikum &selamat malam.

Petang tadi, pertama kali Zam ke bazar Ramadhan selepas diajak oleh rakan. Kami berempat ke sebuah bazar di bandar Kuching, dan ketika tu waktu berbuka sudah hampir sejam lagi. Selesai membeli nasi dan minuman masing-masing, cadangnya nak berbuka di rumah, tapi seorang dari kami cadangkan agar berbuka di Waterfront Kuching sahaja, sambil jalan-jalan menunggu waktu berbuka.

Thursday, July 3, 2014

Cari Air Tebu Di Minit Terakhir


Adeh.. Zam tertidur lagi di sebelah petang.. Sedar-sedar, tinggal sejam sebelum waktu berbuka. Dalam keletihan dan mamai, Zam gagahkan diri bangun menyediakan nasi untuk berbuka. Lauk, tinggal dipanaskan sahaja. Selesai semua, Zam keluar mencari air tebu yang dijual berdekatan kawasan perumahan Zam. Harap ada lah lagi.. Kalau tak, kempunan Zam sebab hari ni teringin sangat nak minum air tebu.

Sampai di tempat yang dituju, Zam nampak masih banyak lagi air tebu yang dijual.. Lega.. Zam minta RM2.. Cukuplah untuk sekali berbuka. Kalau lebih, takut kembung air pula perut ni.. 

Tuesday, July 1, 2014

Nasi Goreng Ku Terlebih Masin!

Assalamualaikum & selamat malam semua.

Ini sebenarnya kisah di hari kedua berpuasa. Semalam, balik dari sekolah dan setelah selesai mebeli barang keperluan, Zam terus balik kerumah. Ingatkan, nak buatlah kerja rumah dulu sebab petang masih awal, tapi sebab dah mengantuk dan penat, Zam terlelap. Sedar juga sekali sekala bila hujan ribut berlaku, tapi terpejam balik..

Sedar-sedar balik, tinggal 20 minit lagi sebelum waktu berbuka.. Alamak.. Apa pun belum siap ni.. Zam cuba recall balik apa yang Zam dah plan nak masak petang tu.. Kemudian, baru teringat Zam nak buat Nasi Goreng dengan perencah Hailam yang Zam beli masa cari barang dapur tadi.

Monday, June 30, 2014

Maaf.. Ini Penjelasan Untuk Entri Tadi


Assalamualaikum & selamat malam semua.

Dalam entri sebelum ni, Zam hanya sempat kongsikan satu gambar tanpa sebarang ulasan lanjut. Mulanya Zam ingat nak sunting semula entri tesebut dengan huraian lepas sahaja selesai dengan kesibukan di sekolah, tapi setelah tamat sesi persekolahan tadi, Zam buat keputusan untuk terus ke bandar mencari barang keperluan dapur, dan terus pulang. Sampai di rumah, Zam terus tertidur sebab kepenatan.

Jadi, baru sekarang Zam sempat memberikan sedikit huraian mengenai entri tersebut.

Tentu ada dikalangan kita pernah mengalami situasi dimana, tak bersahur kerana tertidur dan terbangun lambat. Sedar-sedar, dah lepas azan Subuh.. Tentu kecewa kan.. Itu yang pertama.. Mana taknya.. Ingat dapatlah mengalas perut dan menambahkan tenaga sebelum berpuasa, tapi langsung tak sempat nak makan apa-apa hatta minum seteguk air dan sebiji kurma.

Saturday, June 28, 2014

Bila Berlaku Kebocoran Pada Kepala Tangki Gas Di Rumah


Assalamualaikum & selamat malam semua.

Bercuti 2 minggu di semenanjung baru-baru ini, ditambah dengan seminggu tidak memasak setelah pulang ke Kuching kerana hanya makan bekal Nasi Arab Purple yang dibawa dari Serdang, membuatkan Zam tak memasak dan menggunakan dapur Zam. Namun, sebaik sahaja Zam teringin nak menggunakannya, Zam temui satu perkara yang tak disangka-sangka.

Sewaktu memasang dan mengetatkan kepala tangki gas pada tangki, tiba-tiba Zam terdengar desiran gas yang keluar darinya. Zam cabut semula kepalanya dari tangki, dan memasangnya sekali lagi. Masih berbunyi. 3 kali mencuba, yakinlah Zam ada berlaku kerosakan atau kebocoran pada salur getah atau kepala tangki tersebut.