e

Showing posts with label dapur zamani abe. Show all posts
Showing posts with label dapur zamani abe. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

Resepi Ikan Sebelah Goreng Tepung

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Pernah sekali ni waktu puasa, Zam gorengkan ikan sebelah ni santapan berbuka bersama rakan-rakan. Tapi sampai sekarang, Zam belum sempat kongsikan resepinya. Mudah sahaja memasaknya, dan dibawah ni Zam sediakan resepi dengan gambarnya (maaf kualiti gambar kurang memuaskan):


Resepi:

1 ekor ikan sebelah (flounder)
Tepung jagung
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk kunyit (jika mahu)
Garam secukup rasa

Sebiji lemon untuk penyedap rasa

Cara-cara:

Untuk dapatkan gorengan yang rangup, keringkan dan lap ikan yang telah disiang 
terlebih dahulu dengan tisu dapur.

Campurkan tepung jagung, serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan garam. Kemudian, sapukan bahan campuran ke seluruh badan ikan.

Panaskan minyak. Masukkan ikan hanya ketika minyak betul-betul panas.

Bila siap, angkat dan toskan ikan. Sedia dihidangkan bersama hirisan lemon untuk perahan.

ps: kawan Zam duk sebut-sebut ikan goreng ni.. agaknya dia nak makan lagi kot.. ada masa nanti boleh Zam masakkan lagi.

Tuesday, September 9, 2014

Sardin Cap Kucing

Adalah di suatu hari ni, seorang pakcik ke kedai mencari sardin kesukaannya untuk dibuat lauk. Bila sampai di sana, maka bertanyalah si pakcik tadi kepada pekerja kedai tersebut.

"Nak, mana sardin cap kucing?"

"Sardin cap kucing...? Tak ada sardin cap kucing pakcik.." jawab si pekerja kehairanan.

Si pakcik tadi berlalu pergi, sambil mencari sendiri sardin cap kucing yang dimaksudkannya.. Akhirnya di satu rak, pakcik tersebut menemui sardin yang dicarinya. Sambil melalui lorong dimana dia berjumpa dengan pekerja tadi, maka dimaklumkanlah kepada pekerja tu yang dia telah menemui barang yang dicarinya.

"Nak, ni ada ni sardin cap kucing"

Sunday, August 31, 2014

Selesai Shopping Untuk BBQ Malam Ni



Assalamualaikum dan selamat petang. Memandangkan esok masih cuti, jadi malam ni Zam dan rakan-rakan merancang untuk buat BBQ di rumah Zam. Dari pagi tadi selepas hasilkan entri Doodle Merdeka Dari Google, Zam terus keluar mencari ayam dan bahan perapan. Kemudian Zam ke Giant, mencari dapur pemanggang di atas ni. Ada yang canggih canggih, tapi mahal, jadi nak jimat sikit Zam beli yang biasa saja. Ok dah kot.

Urusan perapan, Zam serahkan kepada rakan Zam. Zam cuma sediakan tempat bbq (rumah Zam). JAdi sekarang ni, Zam nak pergi sambung mengemas dulu. Adioss~


Saturday, August 30, 2014

Terima Kasih Untuk Sepotong Daging Kambing Bakar

Lapar giler malam ni..

Dari pagi tadi yang Zam sempat makan cuma beberapa keping biskut raya yang masih ada di dalam balang. Selain tu, tak sempat nak masak, sebab paginya keluar dengan agen insurans, & petangnya keluar dengan member untuk bersenam.

Balik dari joging dan main futsal, ingat nak keluar makan malam.. Tapi kawan cancel last minit..

Adeh.. Apa nak makan ni ae..

Tiba tiba teringat kat daging kambing dari sesi BBQ malam tadi di sekolah. Ada tukang masak yang bekalkan kepada Zam sebelum Zam balik ke rumah.

Alhamdulillah, panaskan balik daging yang Zam simpan dalm peti sejuk tu, dan jadilah hidangan malam ni. Masak nasi, kemudian hiris daging tu. Tak ada sos untuk kambing bakar, jadi Zam ganti dengan acar buah. 

Kenyang juga malam ni


Thursday, July 17, 2014

Cuba Buat Aiskrim Strawberry Dan Coklat


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Jika sebelum ini Zam tulis entri tentang nak beli mixer atau tak, strawberry dan coklat masakan, sebenarnya tu semua berkaitan dengan projek membuat aiskrim yang dah lama Zam rancang. Jadi semalam, sebaik sahaja Zam beli mixer, Zam teruskan dengan projek tu. Niatnya, nak dibawa ke majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan guru dan staf sekolah Zam petang ini.

Harapnya menjadilah rasa aiskrim strawberry dan coklat ni.. Semalam masa Zam rasa, aiskrim tu masih cair.. Jadi rasa pun kurang tepat lagi..

Nak resepi? Haa... Boleh berkunjung ke entri CIK EPAL ni. Zam ambil resepi ni dari dia sebenarnya.. Cubalah k.. Pasti menjadi ;)

# Selamat Berbuka Puasa semua :)

Wednesday, July 16, 2014

Strawberry Zam Kena Serbu

Assalamualaikum & selamat petang semua.

Pagi Isnin lepas, sewaktu Zam sampai ke sekolah dari airport Kuching, Zam terus agih-agihkan beberapa barang kiriman rakan-rakan yang di beli dari semenanjung seperti roti Gardenia dan kuih akok. Bukan tak ada di Kuching benda-benda tu semua, cuma sangat-sangat sukar ditemui.

Dalam masa agih-agihkan tu, sempat juga Zam tunjukkan sekotak strawberry yang Zam beli di Serdang. Zam beritahu harganya- RM5.99 sekotak- satu harga yang tersangatlah murah. Melihatkan strawberry tu, terus Zam diserbu oleh rakan-rakan.

"Ehh... Kenapa kau tak bagitahu aku kau nak beli strawberry??." tanya Kak Nor. "Eh.. Mana lah saya tahu Kak Nor suka strawberry tu" Zam menjawab.

"Murah.. Nanti kamu balik semenanjung, saya mahu kirim dengan kamu.." bagitahu seorang rakan yang lain.

Adehh... Strawberry Zam kena serbu.. Kak Nor dah siap pegang kotak strawberry tu tak nak lepaskan. Siap cium-cium lagi bau strawberry tu.. Alaaa... Pulangkanlah balikkk... Orang nak buat aiskrim dengan strawberry tu...

"Nah.. Ambillah.. Nasib baik aku tak mengidam.. Kalau tak..." kata Kak Nor.

Yes.. Haha.. Dapat balik strawberry tu.

Kalau nak beli kat Kuching, alamatnya mahallah.. Sekotak saiz yang sama, RM15.

PS: Balik ke rumah, masa nak simpan dalam peti ais, Zam tercium bau strawberry tu.. Perghhh... Semerbak harum beb! Patutlah Kak Nor cium-cium kotak strawberry tu bersunguhh.. Memang pecah air liur!


Tuesday, July 1, 2014

Nasi Goreng Ku Terlebih Masin!

Assalamualaikum & selamat malam semua.

Ini sebenarnya kisah di hari kedua berpuasa. Semalam, balik dari sekolah dan setelah selesai mebeli barang keperluan, Zam terus balik kerumah. Ingatkan, nak buatlah kerja rumah dulu sebab petang masih awal, tapi sebab dah mengantuk dan penat, Zam terlelap. Sedar juga sekali sekala bila hujan ribut berlaku, tapi terpejam balik..

Sedar-sedar balik, tinggal 20 minit lagi sebelum waktu berbuka.. Alamak.. Apa pun belum siap ni.. Zam cuba recall balik apa yang Zam dah plan nak masak petang tu.. Kemudian, baru teringat Zam nak buat Nasi Goreng dengan perencah Hailam yang Zam beli masa cari barang dapur tadi.

Saturday, June 28, 2014

Bila Berlaku Kebocoran Pada Kepala Tangki Gas Di Rumah


Assalamualaikum & selamat malam semua.

Bercuti 2 minggu di semenanjung baru-baru ini, ditambah dengan seminggu tidak memasak setelah pulang ke Kuching kerana hanya makan bekal Nasi Arab Purple yang dibawa dari Serdang, membuatkan Zam tak memasak dan menggunakan dapur Zam. Namun, sebaik sahaja Zam teringin nak menggunakannya, Zam temui satu perkara yang tak disangka-sangka.

Sewaktu memasang dan mengetatkan kepala tangki gas pada tangki, tiba-tiba Zam terdengar desiran gas yang keluar darinya. Zam cabut semula kepalanya dari tangki, dan memasangnya sekali lagi. Masih berbunyi. 3 kali mencuba, yakinlah Zam ada berlaku kerosakan atau kebocoran pada salur getah atau kepala tangki tersebut.

Wednesday, June 25, 2014

Resepi Mudah Di Bulan Ramadhan: KURMA GORENG

Assalamualaikum & selamat malam semua.

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ini, Zam nak kongsikan satu resepi yang mudah dan memberikan kelainan kepada sesuatu yang biasa kita makan sebelum ini. Kurma Goreng? Ya, kurma goreng.. Kalau kita ada pisang goreng, cempedak goreng, sukun goreng, kenapa tidak kurma goreng, kan?

Sebelum Zam kongsikan resepinya, ada cerita disebalik penemuan kurma goreng ni.. Nak tahu? Haa ini dia:

12 tahun dulu (ye, dua belas tahun dahulu.. 2002), ketika Zam belajar di Manjung, Lumut, Perak- kebiasaannya Zam akan keluar berbuka puasa di luar. Dan salah satu tempat yang Zam tuju selain bazaar, ialah surau-surau yang berdekatan.

Thursday, June 5, 2014

Buat Kentang Goreng Sendiri


Assalamualaikum dan selamat petang

Biasanya, french fries atau ubi kentang goreng dimakan begitu sahaja kan. Tapi bagi Zam, Zam suka buat sendiri untuk dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi. Untuk dapatkan french fries yang rangup di luar dan lembut di dalam, Zam akan basuh dan rendam dulu ubi kentang di dalam air sejuk, kemudian rebus seketika, kemudian baru digoreng.

Zam suka makan french fries yang Zam buat ni dengan ikan dan kacang masin dalam tin tu bersama nasi. Entahlah kenapa, tapi gabungan rasanya kena dengan selera Zam :)

Thursday, May 8, 2014

Angkut Barang Memasak Bawa Ke Depan TV


Assalamualaikum & selamat malam semua.

Balik dari sekolah petang tadi, macam-macam rasa nak kena buat.

Labu yang dibeli semalam dari peniaga jalanan, belum pun Zam belah nak buat labu sira. Lupa.

Perut lak lapar giler, teringin nak masak ni.. Kena la ke dapur. Tapi rancangan feveret Zam Masterchef Australia tengah keudara. Acener?

Terus Zam angkut labu, pisau, alas pemotong, bawak depan tv. Sambil layan MC, sambil kupas & potong labu tu kecik-kecik.

Nasi, tengah masak. Kentang goreng untuk lauk, tengah ditinggalkan dalam kuali kat dapur dengan api yang perlahan. Zam masih kat depan tv, layan MC sambil siapkan labu.
Zam buat multi tasking!

Jap lagi ni, nak parut gula melaka lak untuk labu sira. Kalau rajin, esok bawak ke sekolah. Ade kawan-kawan yang dah tanya bila Zam nak bawak lagi labu sira ke sekolah.

Friday, April 18, 2014

Bila Zam Teringin Nak Makan Sesuatu Yang Pedas


Assalamualaikum & selamat tengah hari

Ingat sebelum ni Zam teringin nak tanam pokok cili sendiri dekat sekolah? Ha.. Susulan dari cerita itu, Zam beli cili seringgit untuk kegunaan sendiri. Jadi bila Zam teringin nak makan sesuatu yang pedas di rumah, Zam buat Nasi Goreng ni, sambil guna perencah Nasi Goreng Kampung Seri Aji. Cili tu pula, diblend bersama bawang merah dan bawang putih.

Lauknya, ayam goreng je, dengan raita bawang untuk sejukkan sikit lidah ni bila terpedas sangat. Dan kuning telur separuh masak kesukaan Zam ;)

Monday, April 7, 2014

Belajar Mem'filet' Ikan

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua.

Masa beli ikan sebelah dulu, Zam memang tak nak penjual tu potongkan untuk Zam. Sudahnya, Zam terkial-kial nak potong & proses ikan tu sebab tak pernah siang ikan sebelah kan. Jadi, kenalah Zam belajar dengan Google, cari video yang tunjukkan cara mem fillet ikan sebelah ni.


Saturday, April 5, 2014

Inilah Rupa Telur Onsen

Assalamualaikum & selamat pagi. Sempena waktu sarapan pagi ni, Zam kongsikan entri tentang sumber protein yang kebanyakannya diambil oleh kita di pagi hari~ iaitu telur. Biasanya telur ni ada di dalam nasi lemak, roti canai, dan tak kurang juga yang suka menikmatinya dengan roti kosong/roti bakar beserta sosej. 

Atau, ia biasanya dimakan begitu sahaja- sama ada digoreng telur mata kerbau, dibuat telur dadar, direbus, direbus & dihancurkan bersama mayonis atau dibuat telur scrambled~~ banyak caranya kan?

Tapi kali ni Zam nak tunjukkan telur onsen yang Zam buat tempoh hari. Direbus dengan air panas untuk seketika atau dengan kata lain, dimasak secara perlahan dengan suhu sederhana.


Hasilnya, akan terhasillah kuning telur yang cair dengan rasa & tekstur yang berlemak tu.. Memang menjadi kegemaran Zam sekarang ni :)

Friday, March 21, 2014

Bila Sibuk, Bubur Sajalah Yang Zam Sempat Buat


Assalamualaikum & selamat malam semua.

Malam ni, Zam sediakan makan malam yang biasa-biasa saja. Bila sibuk dengan assignment, memang menu mudah jadi pilihan, macam bubur dengan telur separuh masak campur ikan bilis goreng tabur ni. Sekurang-kurangnya Zam tak perlu duduk lama di dapur memasak. Boleh tinggalkan dapur, cuma sekali sekala masuk menjenguk untuk pastikan bubur tak hangit saja.

PS: Itupun nyaris-nyaris bubur nak hangit tadi sebab air dah kering.. Nasib masuk dapur cun-cun waktu bubur dah siap.

Saturday, March 15, 2014

Teringin Nak Makan Butter Chicken


Assalamualaikum & selamat petang semua. Hari ni, tiba-tiba Zam teringin nak makan Chicken Butter ni. Mungkin sebab dah lama tak makan. Bil ake kedai makan nak pesan pun, mereka kata tak ada dalam menu. Jadi tadi, sebab tak makan sarapan lagi walaupun dah lewat, Zam buat keputusan untuk buat sendiri. Bila diingat balik, bahan-bahan asas tu memang ada dah kat dapur. Cuma daun kari je lah tak ada. Ayam pun dah dikeluarkan dari peti awal-awal sebab nak bagi defrost. 

Ingat nak makan dengan nasi, tapi sebab nak cepat, Zam rebus makaroni je. Lepas siap, Zam gaul makaroni dengan yogurt. Bila makan menu yang manis-manis ni, nak gak rasa masam dan segar untuk neutralkan semula rasa manis tu.

PS: Pembaca kat sini dah makan ke belum tengah hari tadi? Kang lapar pulak nak tunggu sampai ke malam.

Wednesday, March 12, 2014

Pertama Kali Memasak Paella Dan Gunakan Saffron


Assalamualaikum & selamat tengah hari semua :)

Sebab dah masuk waktu lunch, jadi entri kali ini ada kaitan dengan masakan di rumah Zam. Sejak beberapa hari lepas, Zam teringin nak memasak dengan gunakan saffron, jadi keluarlah Zam mencarinya di bandar Kuching. Kat pasaraya besar memang tak ada, jadi Zam ke India Street yang banyak menjual rempah untuk masakan. Alhamdulillah, jumpa juga.

Jadi, dengan bahan-bahan kat bawah ni bersama saffron, Zam buat satu hidangan yang dah lama Zam nak makan.


Dan inilah hidangan yang Zam sediakan semalam~ Seafood Paella :)

Tuesday, March 11, 2014

Rupa Buruk Tapi Rasa Sedap!


Assalamualaikum & selamat malam.

Rupa buruk tapi sedap- Kalau baca tajuk saja tanpa tengok gambar, mungkin ramai yang tertanya-tanya apalah yang rupa buruk yang Zam maksudkan tu. Bila dah tengok gambar, tentu ramai yang boleh agak apakah ia.

Sebenarnya, ini kali pertama Zam memasak & menikmati keenakan rasa hidangan dalam gambar tu. Serius, memang sedap betul rasanya! Isinya cantik, jernih.. Padahal, rupa asalnya memang tak cantik, dan wajahnya membuatkan sesetengah orang takut atau geli, apatah lagi nak makan. (Bukan nak hina makhluk ciptaan tuhan, cuma nak terangkan secara umum..hehe)

Nak tahu rupa asal makhluk tu? Buruk tapi rasanya sedap? Bolehlah ke entri ini ya (klik) ;)

Thursday, March 6, 2014

Macam Mana Nak Siang Ikan Nabi Musa Ni?



Assalamualaikum & selamat malam semua.

Ikan dalam gambar diatas tu, ada yang menggelarkannya Ikan Nabi Musa. Zam tak tahu sejauh mana kebenarannya, mungkin kerana ia paling mirip dengan gambaran yang diceritakan dalam kisah Nabi Musa Alaihi Salam bertemu dengan Nabi Khaidir Alaihi Salam. Ikan yang telah dimakan setengah oleh Nabi Musa Alaihi Salam kembali hidup, lalu masuk semula ke dalam air (kisah penuhnya di SINI). 

Monday, March 3, 2014

Nasi Goreng Dengan Telur Bakar


Assalamualaikum & selamat malam semua. 

Dah lama rasanya tak kongsikan entri masak-masak di blog. 
Kebetulan, bila terfikir & teringin nak makan telur separuh masak, Zam buat nasi goreng kemudian pecahkan sebiji telur elok elok diatasnya, sebelum dibakar di dalam oven untuk beberapa minit. 

Hasilnya, seperti dalam gambar diatas. Sebab tak pernah kongsikannya di blog, jadi Zam berbuat demikian.