e

Friday, March 1, 2013

Terima Kasih Untuk Tiket Air Asia Ini :)



Assalamualaikum & Salam Jumaat semua ('',) Entri kali ini Zam tujukan khas buat seorang rakan baik Zam di Serdang kerana sanggup mengeluarkan belanja untuk 'menaja' tiket penerbangan pergi balik- Kuching-Kuala Lumpur Zam pada hari ini. Dan Insya Allah, sekejap saja lagi Zam akan berangkat ke KIA. Entri ini juga sebenarnya adalah kesinambungan dari 2 entri sebelum ini, SEJAM YANG SIBUK & ALHAMDULILLAH, DAPAT JUGA APA YANG DI IDAM. 

Hendak dijadikan cerita, rakan baik yang Zam maksudkan akan melangsungkan majlis pertunangannya esok, dan amatlah berbesar hati Zam apabila dia menawarkan Zam untuk menjadi jurukamera pada hari istimewanya itu. Idea ini telah lama diberitahu, sejak tahun lepas lagi & Zam menerima baik saja tawarannya. Lebih menggembirakan, apabila dia & bakal tunangnya bersetuju untuk membelikan tiket penerbangan pergi balik untuk Zam. 

Terharu juga sebenarnya ni. Apapun, tangunggjawab yang digalas juga besar, kerana Zam memikul amanah & harapan kedua-dua pihak. Jadi, tergerak di hati Zam untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik dengan membeli sebuah lensa baru- ef28mm f/1.8 usm baru-baru ini. Kepada rakan-rakan semua, doakan Zam dapat lakukan yang terbaik untuk pasangan ini esok ya.. Nervous juga ni.. Pertama kali dilantik menjadi jurukamera utama..


 

28 comments:

  1. congrats zam ! :) gud luck for your job ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Miss Hearty sb doakn Zam :) Insya Allah ;))

      Delete
  2. besar hati kita bila orang menghargai kita.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Insya Allah.. doakan Zam.. Appn thanks :))

      Delete
  4. nanti nak suroh adik zam juga ambik gambar...hihi...tahniah dik zam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh... hehe... insya Allah boleh je... :)) appn, trimasss

      Delete
  5. wahh..seronok la nanti nak tgk gambr yg diambil

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah.. doakan Zam dipermudahkan urusan esok ye :))

      Delete
  6. Replies
    1. :))) Itulah ... doakan Zam juga ya Mrs Eady :))

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah.. syukur.. doakan Zam ye Nea ;)

      Delete
  8. BUDI BAIK DIKENANG JUA...BESARNYA HARAPAN KAWAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan Besar, tanggungjawab pun besar.. Doakan Zam Sukma Haron.. :)

      Delete
  9. assalamualaikum zamani...moga berjaya menjlnkn tugas ngan baik yer..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak Mass Zull.. Terima kasih ye utk doa ini :)) Insya Allah~ ;)

      Delete
  10. wahhhh chaiyok2...rakam yg paling terindah, sweet momment, sudut yg menarik, kanta lense yg tepat. lps ni boleh jd cameraman somebody plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta Misteri! Terbaik ar! Insya Alllahhh~~ Amin! Thanks!

      Delete