e

Tuesday, September 17, 2013

2 Minggu Terakhir Cinta Jannah: Episod 20

Cinta Jannah, Minggu Terakhir Episod 20. Zam rasa ramai peminat drama ini yang teruja menantikan episod-episod di minggu-minggu terakhir ini. Bersiaran sebanyak 24 episod, dan hari ini ialah tayangan episod ke 20 di slot Akasia. Maknanya, ada 4 episod lagi dan tayangan terakhirnya ialah pada Selasa minggu depan. Secara jujurnya, Zam masih belum berkesempatan menontonnya dan ini menimbulkan kehairanan pada rakan sekerja Zam kerana dia tahu Zam adalah peminat Nelydia Senrose sejak menonton Setia Hujung Nyawa dulu. Bukan apa, sibuk dengan rancangan lain. Jadi sebelum Zam kongsikan sinopsis Cinta Jannah Episod 20 sehingga 24, ada baiknya Zam tahu jalan cerita mengenainya:



Drama ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk membuat kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.Secara kebetulan, Izaryl (si Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (si Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri. (SUMBER)

SINOPSIS EPISOD 20-24

Cinta Jannah Episod 20 
Izaryl dan Nur Jannah solat berjemaah. Kemudian Nur Jannah mengaji. Izaryl membimbing Nur Jannah. Izaryl dan Nur Jannah melawat Amina di rumahnya. Izaryl kekok memegang bayi dalam dukungannya. 

Cinta Jannah Episod 21
 Nur Jannah mengemas meja Izaryl. Tengku Zareena masuk. Tengku Zareena mahu Nur Jannah memujuk Izaryl supaya berkahwin dengan Damia. Tengku Zareena memberitahu Izaryl akan menjadi anak derhaka jika tidak patuh pada arahannya. 

Cinta Jannah Episod 22
 Nur Jannah memasak menu yang istimewa untuk Izaryl untuk kali yang terakhir. Air matanya mengalir. Izaryl masih termanung di pejabat. Dia malas mahu pulang ke villa. Izaryl masuk ketika Nur Jannah baru selesai solat. 

Cinta Jannah Episod 23
 Nur Jannah termenung memikirkan Izaryl . Sufian menegur. Mereka saling bertanya khabar. Abdullah menghampiri dan bersalam dengan Sufian. Mereka berbual. Nur Jannah hanya memerhati mood ayahnya yang sudah berubah. 

Cinta Jannah Episod 24
(Akhir) Perut Nur Jannah sakit. Bonda membawa Nur Jannah ke hospital. Izaryl bermimpi. Nur Jannah jatuh ke dalam lubang yang dalam dan meminta tolong. Izaryl hanya melihat. Nur Jannah meminta tolong dan menangis. Izaryl tersedar dan badannya berpeluh.

8 comments:

  1. sampai skrg deno tak pernh tengok satu episod pun... free2 nak tengok online lla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zam pun tak follow betul drama ni dik.. hehe

      Delete
  2. best citer ni..hihihi
    melekat kt tv..

    ReplyDelete
  3. mai tgok episod awal2 dulu je...skrg slalu xteringat..heee...tp best citer ni

    ReplyDelete
  4. cte ni best :) cuma lg best kalo add lagi scene lain.huhu

    ReplyDelete