e

Friday, October 18, 2013

Akhirnya Zam Gunakan Baucer Parkson RM50 Terakhir Untuk..



Assalamualaikum & selamat malam. Sebelum ini Zam pernah tanya pembaca di blog mengenai apakah yang akan dibeli Zam dengan baucer terakhir RM50 dari Parkson. Ramai juga yang meninggalkan komen cadangan di entri ini, dan rata-ratanya mencadangkan baju. Terima kasih untuk maklumbalas tersebut ya ;) Apa yang menarik perhatian Zam, blogger NORMI NIEZA berjaya meneka dengan tepat apa yang bermain di dalam fikiran Zam waktu tu.. Macam tahu-tahu je minat Zam selama ini.. Cayalah ;D Pada rakan blogger yang nak tahu apa jawapan beliau, boleh hit di sini (klik). 

Walaubagaimanapun, Zam terpaksa lupakan hasrat tersebut (seperti apa yang diteka oleh Normi Nieza) sebab ada barang lain yang lebih diperlukan Zam. Jadi, Zam tukarkan idea asal dengan sesuatu yang lebih berguna buat masa sekarang. Dan, baucer RM50 terakhir tersebut telah digunakan untuk membeli seluar slack Durban. 

Jadi dengan terbelinya seluar slack tersebut, habislah sudah baucer bernilai RM250 yang diterima dari Parkson-Maybank setakat tahun ini. RM100 pertama telah digunakan untuk membeli baju raya, RM100 kedua untuk sebuah blender, dan RM50 terakhir untuk seluar slack hari ini. Alhamdulillah, memang berbaloi-baloi menggunakan khidmat Maybank. Dan sekarang, Zam sedang berusaha mengumpul mata seperti biasa :)

PS: Hajat yang satu ini sahaja masih belum selesai.. (klik)

6 comments: