e

Tuesday, November 26, 2013

Masterchef All Stars Malaysia Episod 4: Enot & Kenchana Tersingkir


Assalamualaikum & selamat malam. Akhirnya, setelah bersiaran untuk 4 episod, malam ini menyaksikan penyingkiran 2 peserta Masterchef All Stars Malaysia sekaligus iaitu Enot & Kenchana Devi. (Natijah dari tiada penyingkiran sebelum ini). Sesuatu yang diluar jangkaan Zam kerana Zam menyangkakan mereka akan bertahan lebih lama berdasarkan prestasi mereka dalam Masterchef Selebriti 2 sebelum ini. 

Namun, mungkin kerana tiada rezeki mereka berdua kerana pasukan Merah yang disertai mereka tewas kepada pasukan Biru semalam dalam cabaran berkumpulan. Hasilnya, mereka ke cabaran penyingkiran malam ini, namun ada sedikit kelainan dalam Masterchef Malaysia kali ini apabila sistem undian diperkenalkan bagi menyelamatkan tiga orang ahli pasukan Merah dari tersingkir dan tidak perlu memasak dalam episod malam ini.

Mereka yang terselamat ialah Ketua Pasukan Merah: Shahriah, Shahora, dan Imelda manakala 5 peserta lain yang mengharungi cabaran penyingkiran bersama Enot dan Kenchana ialah Along, Azwan Ali, Wincci, Ah Hong, dan Zamir. Manakala masakan yang mendapat tempat di hati juri ialah masakan Zamir.

Teruskan menonton Masterchef All Stars Malaysia di saluran Astro Ria, Sabtu hingga Selasa pukul 9.00 malam.

2 comments: