e

Monday, April 28, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KE LIMA EPISODE 15, 16, 17, 18


Minggu ni merupakan minggu ke lima tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum anda teruskan menonton drama ini, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 15 hingga 18.

Aku Isterinya Episode 15 
Mikail marah apabila ditipu oleh Mya tambahan pula apabila Shamil memaklumkan yang Mya adalah kekasihnya sejak dulu lagi. 

Aku Isterinya Episode 16 
Mikail terkejut kerana Suzanne berada di rumah mamanya lalu hilang sabar apabila Suzanne minta Mikail buat pengakuan kepada Datin Adiba tentang hubungan Mikail dengan Mya dan juga siapa Mya yang sebenarnya. 

Aku Isterinya Episode 17 
Mikail terkejut apabila mendapat tahu Shamil telah pergi ke rumah Mak Ngah untuk meminang Mya dan pinangan tersebut diterima oleh Mak ngah selepas Shamil menebus tanah pusakanya. 

Aku Isterinya Episode 18 
Mya tergelak apabila Mikail mengajaknya pergi berbulan madu. Sebelum ini,mereka berkahwin disebabkan ditangkap berkhalwat dan dia merasa tidak sesuai untuk pergi berbulan madu.

6 comments: