e

Wednesday, September 24, 2014

Risau Kalau Bagasi Oversize Ini 'Direject' Air Asia

Assalamualaikum dan selamat malam.



Ingat lagi kisah Zam sebelum ini mengenai Sangkar Kucing Murah dan Ke Taman Desa Untuk Mengambil Sangkar Kucing? Rentetan dari kisah itu ialah pada Isnin baru-baru ini bila Zam membawanya ke KLIA2 untuk diterbangkan bersama ke Kuching (cuti sekolah dah habis, jadi Zam akan pulang ke Kuching).

Sememangnya Zam agak risau, kerana ini kali pertama Zam membeli elaun bagasi berdaftar (checked baggage) dari AirAsia (kalau carry on baggage tu biasalah sebab bawa barang sikit-sikit je). Bukan apa, Zam ada pengalaman tak best sebelum ini dimana Air Asia sangat strict dengan syarat-syarat elaun bagasi berdaftarnya (pada masa tu bagasi berdaftar tidak dikenakan bayaran). 

Jadi Zam study terlebih dahulu syarat-syarat yang dikenakan oleh AirAsia untuk bagasi berdaftarnya. Dari situ, Zam dapat tahu:
  1. Berat maksima bagi gabungan bagasi-bagasi berdaftar yang boleh dibawa oleh seorang penumpang ialah 40kg.
  2. Penumpang boleh membawa lebih dari 1 bagasi berdaftar, dengan syarat jumlah berat kesemua bagasi apabila dicampurkan tidak melebihi 40 kg; tetapi harus menepati syarat ke TIGA berikut-
  3. Berat maksima bagi 1 (satu) bagasi yang dibenarkan ialah 32kg. Jika lebih, bagasi tersebut tidak akan diterima.
  4. Ukuran 1 bagasi berdaftar tidak boleh lebih dari Tinggi 89cm X Panjang 119cm X Lebar 119cm.

Haa.. Itulah syarat-syarat yang Zam kena ambil berat. Lepas study tu, Zam lega sebab bagasi-bagasi Zam lepas semua syarat-syarat yang dikenakan tu. Lagipun Uncle Penjual Sangkar Kucing tu dah bagitahu awal-awal, berat sangkar tu 21kg.. 

Apapun, sampai di KLIA2, Zam timbang sekali lagi 2 bagasi Zam (dalam gambar) tu di penimbang elektronik yang disediakan untuk kepastian. Syukur.. Sangkar kucing tu memang 21kg, manakala kotak kecil tu 5kg.. Zam beli elaun bagasi 30kg, jadi memang cukup. 

Bila Zam berurusan di kaunter pula, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah! Lega.. Selamat juga sangkar tu diterbangkan ke Kuching!

2 comments:

  1. alhamdulillah...semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....semuanya dah selamat...
    bersangka baik insya Allah semuanya baik & berjalan lancar (^_^)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete