e

Saturday, December 20, 2014

Pemain Bola Malaysia Mohon Maaf Kerana Fesyen Rambut Qaza


Assalamualaikum dan selamat malam.

Mungkin ramai yang tidak tahu, timbulnya isu pemain kita ditegur oleh rakyat Malaysia apabila mereka mengenakan gaya rambut baru bagi menunjukkan semangat sempena perlawanan menentang Thailand malam ini. Gaya rambut qaza yang dimuat naik oleh page rasmi ERA di Facebook mengundang teguran dan cemuhan dari rakyat Malaysia sendiri. 

Sebilangan dari kita lebih memilih untuk mengeji dan mencemuh dari memberikan kata kata dan nasihat yang elok, Berapa ramai antara kita yang betul-betul memahami bahawa mereka juga manusia seperti kita. Sepertimana kita terasa dengan kata-kata yang menyakitkan hati, mereka pun sama.

Apapun, Indra Putra tampil memberikan respon dengan profesional. Dari gaya qaza yang dilakukan, beliau mengubahnya dengan mencukur habis rambutnya sehingga botak.

2 comments: